‘Pengabdi Setan’ Bawa Tuah Besar Buat Bront Palarae, TAHNIAH!!!…

Gambar Sekadar Hiasan

Siapa sangka selepas memutuskan untuk melebarkan sayapnya dengan membintangi beberapa buah drama dan juga filem di Indonesia, nama Bront Palarae bukan sahaja menjadi sangat dikenali tetapi salah satu filem lakonannya juga turut telah memberikan tuah yang sangat besar.

Filem yang dimaksudkan itu adalah filem seram terkenal Indonesia iaitu ‘Pengabdi Setan’ dimana filem arahan Jako Anwar itu telah berpeluang untuk menghadiri festival filem antarabangsa, “What the Fest!?” yang akan berlangsung di New York.

Penyertaan itu juga sekaligus menjadikan filem ‘Pengabdi Setan’ sebagai satu-satunya filem dari Asia yang berjaya terpilih untuk menyertai festival yang menghimpunkan karya-karya seram serta sains fiksyen terbaik dari seluruh dunia untuk tahun ini.

Meskipun begitu, Bront meletakkan apa yang berjaya diperolehi oleh filem ‘Pengabdi Setan’ itu adalah disebabkan kekuatan karya itu sendiri serta membuktikan kerjasama pasukan disebalik pembuatan filem itu diiktiraf oleh penonton filem antarabangsa.

Namun pada masa yang sama, Bront juga berharap kejayaan yang diperolehinya itu dapat memberikan inspirasi kepada pengarah serta pelakon di Malaysia supaya saling membantu untuk membawa filem atau drama tanah air ke peringkat antarabangsa.

Apapun, itu adalah satu kejayaan terbesar buat Bront dan juga filem ‘Pengabdi Setan’ sehingga berjaya menyertai festival antarabangsa seperti itu dan diharap suatu hari nanti filem tanah air kita juga mampu untuk mencapai tahap seperti yang diperolehi oleh filem ‘Pengabdi Setan’.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih…

 

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*